Burung Kiwi merupakan spesis burung yang tidak boleh terbang dan hanya terdapat di New Zealand. Ia tidak dapat melihat kerana amat sensitif kepada cahaya. Ia hanya boleh hidup di tempat yang gelap dan akan merasa sakit serta boleh menyebabkan kematian jika ia terdedah dengan sinaran matahari. Apa yang menarik, ia mempunyai deria bau yang peka dan boleh mengesan cacing yang jauh di dalam tanah.
Sesumpah
Sumpah-sumpah atau juga dikenali sebagai sesumpah merupakan spesis cicak. Ia boleh menukar warna kulitnya mengikut keadaan persekitaran. Penukaran warnanya dikawal oleh sejenis hormon yang mempengaruhi pigmen kulitnya. Tujuan ia menukar warna kulit adalah untuk menipu mangsa dan menyelamatkan diri dari musuh.