Buih atau gelembung air memantulkan warna dari sekitarannya. Konsep ini samalah halnya dengan teori bagaimana pelangi menghasilkan warnanya. Permukaan buih terlalu nipis. Dengan yang demikian, tidak mustahil jika pelbagai warna terpantul pada permukaan tersebut.
Apa itu pelangi?
Pelangi terjadi apabila hujan dan matahari, wujud pada masa yang sama. Kombinasi antara hujan dan cahaya matahari akan menghasilkan spektrum warna yang dinamakan pelangi. Pada masa yang sama, hujan dan pelangi mempunyai arah yang sama. Apabila menghadap pelangi, kedudukan matahari pula mesti berada di belakang kita. Kawasan tengah lingkaran pelangi merupakan arah yang bertentangan dengan matahari yang berada di belakang kita. Perbezaan warna pelangi pula disebabkan oleh sinaran cahaya matahari dan titisan-titisan hujan.