to LetzHop.com
   
 
LetzDiscover
text

top
side
fact1
Gajah

Gajah merupakan haiwan darat yang terbesar di dunia. Purata berat seekor gajah adalah antara lima ke tujuh tan. Oleh kerana bentuk badannya yang besar, haiwan ini menyejukkan badan dengan mengibas telinganya yang lebar. Keunikan gajah adalah belalainya, yang digunakan untuk menghidu, mencapai makanan, menyedut air, mempertahankan diri dan bersosial.

Gajah mempunyai penglihatan yang lemah, ia hanya boleh melihat dengan jelas pada jarak tiga hingga enam meter sahaja. Pun begitu, ia boleh menghidu sejauh lima kilometer dan mengesan air yang jauh di bawah tanah.

Gajah menghabiskan masa 18 jam untuk makan dan minum sebanyak 70 hingga 90 liter air sehari! Seekor gajah boleh hidup selama 80 tahun jika tidak diburu manusia.

side
bottom


top
side
fact2
Penyu

Penyu tergolong dalam kumpulan reptilia. Kulitnya bersisik dan mempunyai cengkerang keras yang berfungsi untuk melindungi dirinya. Kakinya pula berbentuk pendayung bagi memudahkannya berenang di laut dalam.

Penyu betina akan naik ke persisiran pantai pada waktu malam untuk bertelur. Ia boleh menghasilkan sehingga 70-170 biji telur pada satu-satu masa. Sewaktu bertelur, mata ibu penyu akan merembeskan air garam yang berlebihan. Keadaan ini kelihatan seperti ia sedang menangis.

Telur penyu akan menetas selepas 7-12 minggu, bergantung kepada spesis dan suhu pasir. Suhu yg kurang dari 29 darjah selsius akan menetaskan anak penyu jantan. Manakala suhu yang lebih dari 29 darjah selsius menetaskan anak penyu betina. Jika suhu terlalu panas, anak-anak penyu akan mati.

side
bottom


back next

Bookmark & Share: Mister Wong iconTechnorati iconDigg icondel.icio.us iconma.gnolia iconFurl iconNewsvine iconReddit iconYahoo MyWeb iconBlinkbits iconGoogle iconSimpy iconBlogmarks icon

 
Register FREE